clik disini

My Blog List

clik here

Monday 18 July 2011

Chelsea turun semua pemain lawan Malaysia

KUALA LUMPUR: Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea akan menurunkan semua pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Khamis ini.

Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas, berjanji setiap pemainnya akan berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing di padang.
"Saya akan gunakan pemain berlainan dalam perlawanan 90 minit itu...ini adalah persiapan untuk mengesan kombinasi terbaik pemain," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ditanya mengenai pembentukan pasuaknnya untuk berdepan dengan skuad Olimpik Malaysia yang dilatih Ong Kim Swee, Villas-Boas berkata beliau akan menggunakan perlawanan itu untuk menilai fleksibiliti di kalangan pemain.

Sementara itu, pemain utama Chelsea, Frank Lampard, berkata semua pemain begitu teruja menjalani latihan di bawah pengurus baru dan muda.

“Kami sudah bersama selama 10 hari. Kami berlatih dengan stail dan strategi baru. Setiap orang dalam pasukan menunjukkan reaksi baik," katanya.

Beliau berkata, di bawah bimbingan Villas-Boas, mereka perlu berlatih mengikut strategi rentak pantas yang menepati strategi tim.
Senarai Skuad Chelsea

1.Henrique Hilario GK
2.Jamal Blackman
3.Nathaniel Chalobah
4.Patrick Van Aanholt
5.Slobodan Rajkovic
6.Petr Cech GK
7.John Obi Mikel
8.Daniel Sturridge
9.Ryan Bertrand
10.Joshua McEachran
11.Alex
12.Yuri Zhirkov
13.Ross Turnbull GK
14.Salomon Kalou
15.Branislav Ivanovic
16.John Terry
17.Frank Lampard
18.Ashley Cole
19.Paulo Ferriera
20.Jose Bosingwa
21.Yossi Benayoun
22.Fernando Torres
23.Nicolas Anelka
24.Florent Malouda
25.Didier Drogba
26.Billy Clifford

Popular Posts

clik here