clik disini

My Blog List

clik here

Monday 18 July 2011

DEPAN MATA: Gelombang K-Pop terus melanda

SIAPA sangka, remaja kita berusia 13 hingga 25 tahun begitu menggilai bintang artis Korea. Bukan saja pelakonnya tetapi penyanyinya hingga mencetuskan fenomena. Antara yang menjadi kegilaan adalah Rain, Super Junior, Wonder Girls, JYJ, Beast, Jay Park, 4Minute dan U-Kiss.
Rupa paras cantik dan kacak artis mereka, lagu rancak bersama langkah tari menarik dan vokal bertenaga, menjadikan mereka digilai remaja yang sentiasa dahagakan hiburan. Malah gaya pemakaian, rambut dan aksesori mereka pun menjadi ikutan.

Kalau dulu lagu Mentari Di Korea nyanyian Raja Ema yang juga lagu tema sukan Olimpik 1988 menjadi siulan ramai tapi kini lagu-lagu Korea menjadi kegilaan ramai hingga muncul gelombang K-Pop. Kegilaan mereka bukan sekadar meminati lagu-lagu penyanyi Korea dan menghafal liriknya, malah sanggup berhabis wang ringgit untuk membeli cakera padat (CD), cakera padat video (VCD), baju dan juga cenderahati. Tidak cukup dengan itu, kalau ada konsert mereka, pasti tidak mahu lepaskan peluang. Bukan murah tiket untuk menyaksikan artis Korea di pentas. Untuk menyaksikan DiGi Live K-Pop Party 2011 di Stadium Negara pada 13 Januari lalu, harga tiket RM350 dan ada yang sanggup membeli kad tambah bayar sampai RM200 untuk menyertai peraduan untuk berjumpa anggota kumpulan yang mereka minati. Ketika itu, artis yang datang adalah Beast, 4Minute dan artis solo, G.Na.
Malah ada yang lebih hebat, ada sanggup membeli tiket penerbangan bersama tiket konsert untuk menyaksikan persembahan penyanyi pujaan mereka di Seoul atau pun di negara jiran seperti Singapura, Bangkok atau Jakarta. Dalam sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka juga sanggup belajar tulisan Hangul iaitu tulisan rasmi Korea.

Kegilaan masyarakat kita kepada artis Korea sebenarnya mula bertapak kukuh dengan merebaknya pengaruh drama bersiri Winter Sonata pada 2003 yang disiarkan di ntv7. Kisah pengorbanan dan cinta sejati lakonan hebat Bae Yong-Joon sebagai Kang Joon-sang dan Choi Ji Woo (Jung Yu-jin) itu menyentuh hati penonton hingga sanggup menanti siarannya setiap hari.

Malah lokasi penggambaran drama itu menjadi tumpuan pelancong hingga ramai peminat setia drama ini memasang impian untuk melancong ke Korea. Nami Island menjadi lokasi wajib untuk melihat sendiri keindahan taman yang menjadi saksi percintaan romantik mereka.

Atas minat orang kita ke Korea, Korea Tourism Organization melantik juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi sebagai duta mereka untuk mempromosikan lagi Korea di kalangan masyarakat. Mawi siap berbulan madu di Seoul dan menjalani penggambaran drama dan program TV.

Banyak juga drama Korea yang disiarkan di televisyen sejak demam Winter Sonata dan turut mendapat sambutan seperti My Girl, Marry Me Mary dan Full House. Sekarang, drama Korea yang disiarkan di TV adalah All About Eve di ntv7. Sebenarnya ada sebab mengapa saya paparkan perkara ini dalam kolum saya minggu ini. Saya bukanlah peminat Rain, Beast atau Super Junior kerana lagu-lagu mereka pun saya tidak begitu tahu dan saya juga bukanlah peminat setia Winter Sonata. Namun sebenarnya, ketika ruangan ini ditulis Khamis lalu, hati sudah berbunga-bunga dan melayang jauh ke Korea Selatan. Sebabnya, warga kerja Harian Metro dibawa makan angin ke sana selama lima hari dari Khamis hingga Isnin sebagai imbuhan atas kejayaan terus kekal sebagai akhbar nombor satu Malaysia. Rombongan Harian Metro berlepas ke Seoul dengan pesawat KE 672 jam 11.25 malam dan Nami Island menjadi destinasi pertama sebaik saja menjejakkan kaki di sana, jam 8 pagi diikuti Everland Theme Park, jam 12 tengah hari. Hari kedua pula lawatan ke Gyeongbok Palace, President Blue House, National Folklore Museum, Namsangol Tradisional Korean Village dan Seoul N Tower.

Acara beli-belah tentunya menjadi tarikan untuk membeli sutera Korea, beg tangan dan juga kerongsang yang cukup popular. Antaranya di Insa-Dong Antique Street, Myeong-dong Fashion Street, Dongdaemun Market, Gwang-Jang Market dan Namdaemun Market.

Ini juga kali keenam warga Harian Metro makan angin ke luar negara bermula dengan Bali, Indonesia pada 2004, kemudian Bangkok, Thailand (2007), Bandung, Indonesia (2008), Ho Chi Minh, Vietnam (2009) dan tahun lalu, Beijing, China.

Semoga dengan imbuhan diterima, menaikkan lagi semangat warga kerja Harian Metro untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan akhbar ini terus kekal popular. Minggu ini kumpulan pertama seramai 100 orang pergi dulu diikuti kumpulan kedua pada 14 hingga 18 April pula. Ketika rakan-rakan berada di Korea, rakan yang lain meneruskan perjuangan mencari bahan berita. Jumpa lagi.

Popular Posts

clik here